eCOSS PRIVASI POLISI


Maklumat Peribadi

Aplikasi eCOSS tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pemantauan dan kawalan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam memantau urusan jual beli minyak paket bersubsidi. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.


Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi eCOSS mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela.

  • Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi peranti pintar diberikan dan semakan kedai yang menawarkan jualan minyak masak paket dilokasi berdekatan.

  • Aplikasi eCOSS mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:

    1. Pendaftaran Pengguna
      1. Nama Penuh
      2. Nombor Kad Pengenalan
      3. Nombor Telefon
      4. Alamat E-mel
      5. Alamat Terkini (optional)
      6. Poskod (optional)
      7. Daerah (optional)
      8. Negeri (optional)

    2. Belian & Jualan
      1. Nombor Kad Pengenalan
      2. Bilangan Minyak Masak Paket


Ringkasan Kebenaran

Semasa menggunakan fungsi di aplikasi eCOSS, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik​

  • Kamera: Untuk membolehkan anda mengimbas kod QR untuk tujuan pembelian minyak masak paket.
  • Lokasi: Untuk menentukan lokasi anda semasa menggunakan fungsi pencarian lokasi kedai berdekatan
  • Galeri Gambar, Fail: Untuk membolehkan anda menetapkan gambar profil

Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:

Maklumat peribadi pengguna mungkin akan dikongsi bersama pihak berkuasa penguatkuasaan bagi tujuan penyusulan dan penyelesaian aduan yang dikemukakan melalui Aplikasi eCOSS.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.


Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.


Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.


Keselamatan Data

Aplikasi eCOSS menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.


Perubahan kepada dasar privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini.